23 October 2013

Apple Memperkenalkan iPad Air: Lebih Kecil, Nipis, Ringan



Apple hari ini secara rasmi melancarkan iPad generasi ke 5 dengan nama baru iaitu iPad Air, kerana rekaannya yang lebih nipis, ringan dan kecil.


Berat keseluruhannya kini jauh lebih ringan dengan hanya 453 gram sahaja. Bezel keliling skrinnya pula dikurangkan sebanyak 43% membuatkan ukuran badan yang lebih kecil. Badannya juga jauh lebih nipis, kini hanya 7.5mm sahaja.

iPad Air menggunakan saiz skrin yang sama dengan iPad sebelum ini, 9.7 inci Retina Display dengan resolusi 2048×1536. Sama seperti iPhone 5S, iPad Air menggunakan cip A7 yang terbaru, juga menyokong 64-bit. Cip M7 juga disertakan sekali. Phil Schiller mengatakan prestasi iPad Air adalah 8 kaliganda lebih laju dan grafiknya pula 72 kaliganda lebih berkuasa berbanding iPad pertama.



iPad Air menggunakan teknologi Wifi MIMO terbaru, membuatkan prestasi wifi 2 kaliganda lebih baik berbanding model-model sebelum ini. Sokongan LTE juga diperluaskan dengan sokongan lebih banyak frekuensi.

iPad Air mempunyai kamera utama iSight 5 megapiksel dan mampu merakam video HD penuh 1080p. Kamera Facetime bahagian hadapan pula kini dengan saiz piksel yang lebih besar membuatkan kualitinya lebih baik. iPad Air juga kini mempunyai 2 mikrofon, membuatkan rakaman suara lebih baik.
ohgeekz-ipad-air
Dari segi prestasi bateri, iPad Air mengekalkan ketahanan yang sama seperti sebelum ini, iaitu 10 jam. iPad Air tidak mempunyai Touch ID dan hanya mempunyai 2 pilihan warna, iaitu Silver White dan Space Grey.
Screen Shot 2013-10-23 at 3.07.47 AM
iPad Air akan mula dijual pada 1 November ini dan Malaysia dijangka akan mendapatnya beberapa minggu selepas itu. Harganya tidak berubah, bermula daripada RM 1499 untuk model 16GB Wifi dan RM 1899 untuk model Wifi+4G.
Layari web rasmi Apple di http://www.apple.com/ipad-air/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang iPad Air ini.

OHGEEKZ: KAMI AKAN MENDAPATKAN iPAD AIR PADA 1 NOVEMBER NANTI UNTUK REVIEW, EKSLKLUSIF KEPADA ANDA SEMUA :)

1 comment: