
Tahniah diucapkan buat pasangan Sein dan Nana yang khabarnya baru sahaja menimang cahaya mata semalam. Perkara tersebut telahpun disahkan oleh Nana sendiri melalui laman instagram miliknya.
Bayi yang merupakan anak ketiga pasangan ini telah dilahirkan pada 4 Februari 2014 pada pukul 6.10 petang. Menurut Nana lagi, dia juga terpaksa bertarung di bilik bersalin selama 16 jam dan bersyukur kerana kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.
Pelakon yang popular dalam Telemovie Adam Maya bersama Lisa Surihani , Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa telah berkahwin dengan Nana yang merupakan bekas peserta Mentor pada 8 Julai 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini.
Pasangan ini juga pernah bercerai dengan talak satu sebelum ini tetapi mereka kembali rujuk tidak lama selepas itu.
.jpg)
.jpg)
.jpg)