06 February 2014

Misteri Gadis Menangis Keluar Air Mata Batu


YAMAN – Kita biasa mendengar pepatah menangis air mata darah, menandakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku. Tetapi kini ada perumpamaan baru iaitu menangis air mata batu.

Ia bukan satu pepatah sebaliknya benar-benar berlaku kepada seorang budak berusia 12 tahun , Saadiya Saleh yang menetap di sebuah kampung di sini.

Setiap kali dia menangis, maka matanya akan mengeluarkan ketulan batu kecil.

Batu-batu itu akan gugur dari matanya, seperti air mata.

Keadaan ini mengejutkan banyak pihak, malah pasukan perubatan sendiri pening kepala memikirkan perkara ini kerana remaja itu tidak menghidap sebarang penyakit.

Bagaimanapun penduduk kampung ada pendapat sendiri, mereka percaya Saadiya telah dikenakan sihir.

Ia menyebabkan seluruh penduduk kampung menjadi panik.

Ada yang bimbang Saadiya menjadi mangsa individu yang menyihirnya dan ada pula yang khuatir ia merupakan permulaan kepada wabak penyakit yang merbahaya.