2000s
28 October 2013
Gadis pekerja spa dicekup seks dengan duda dihukum denda.
Seorang duda dijatuhi hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara, sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan pasangannya, seorang pekerja spa, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas duda berkenaan yang bekerja sebagai kerani, 49, mengaku salah melakukan khalwat dengan pasangannya, 27, di sebuah rumah di Taman Permint Perdana, Kampung Batin, di sini, kira-kira jam 10.55 malam, pada 23 September lalu.
Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.(gambar hisan).
Pasangannya yang masih bujang juga turut mengaku bersalah atas tuduhan sama dan dikenakan denda RM2,300 atau tiga bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.
Terdahulu, pasangannya memberi alasan mereka berjumpa di rumah duda itu untuk membincangkan urusan perniagaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment