03 September 2013

Samad Said Minta Dilayan Sebagai Manusia


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan beliau hanya akan memberi kerjasama kepada polis berhubung siasatan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 jika dilayan secara bermaruah.

"Tidak. Kalau dilayan sebagai insan, saya akan pertimbang," kata Samad menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Astro AWANI ketika ditanya samada beliau akan menyerah diri kepada polis atau tidak.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta Samad menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu.

Dalam satu sidang media, Khalid berkata, jika Samad berani mencabar undang-undang, maka beliau juga perlu berani ke depan untuk berhadapan dengan tindakan polis.

Khalid juga mendakwa Sasterawan Negara yang lebih dikenali sebagai Pak Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi namun Pak Samad menafikan dakwaan tesebut.

“Ada laporan dalam Malaysiakini mengatakan Ketua Polis Negara sebagai berkata saya lari dari polis dan ini tidak benar kerana saya tidak pernah lari malahan semalam saya berada di jalanan, menaiki LRT dan kemudiannya berada di rumah,” kata Samad.

Menurutnya, tiada arahan rasmi dari polis malah tiada juga panggilan atau perjumpaan dari pihak berkenaan.

MI...apakah selama ini Pak Samad merasakan bahawa dirinya adalah seekor 'binatang' hingga merayu sedemikian. Berapa banyak himpunan haram yang dihadirinya tanpa disentuh mahu pun diusik oleh pihak berkuasa. Seorang insankah dia jika kerja saban hari mencari salah orang dan bercita-cita memecah belahkan Melayu demi sebuah perjuangan yang jijik. Sebagai seorang Sasterawan Negara, dia seharusnya lebih arif apa makna insan sebelum diminta dilayan sebagai insan. Begitulah manusia bila dah tersepit dan hilang tempat mengadu, mula takut dan merayu minta pelbagai tuntutan. 

Namun suasana akan bertukar jika isu malam ambang merdeka dibiarkan begitu saja tatkala dia dengan megahnya bersajak sambail memegang bendera sang saka Malaya. Dia akan mendabik dada mendakwa bahawa akulah pejuang anak bangsa yang sebenar. 

Sudah-sudahlah Samad Said...banyak lagi hal-hal berfaedah yang boleh dibuat untuk diisi bila mana umur dikala senja ini.  

No comments:

Post a Comment