Najwa Latif Respon Video Budak Baru Couple Seminggu – Beberapa minggu lalu, heboh diperkatakan mengenai video ‘Budak Baru Couple Seminggu yang dirakam oleh seorang gadis bertudung litup yang baru berusia 14 tahun buat kekasihnya sempena seminggu mereka bergelar pasangan kekasih.
Ekoran gadis tersebut menyanyikan lagu Najwa Latif, timbul pula spekulasi yang mengatakan penyanyi Cinta Muka Buku ini menjadi sumber inspirasi kepada remaja yang masih dibangku sekolah untuk melakukan perkara-perkara sebegini.
Menurut Najwa, beliau sendiri masih belum berkesempatan untuk menonton video tersebut dan dia mengakui ada mendengar akan video tersebut.
“Saya ada dengar mengenai video itu namun saya masih belum berkesempatan untuk menontonnya.” ujarnya.
Tambahnya lagi, beliau tidak boleh komen lebih lanjut mengenai tindakan gadis tersebut.
“Bagi saya itu terpulang kepada mereka yang menilai dan saya tidak boleh komen mengenai video tersebut atau apa yang telah dilakukan gadis itu.
“Mengenai lagu saya yang dinyanyikan pula, ia adalah lagu bertajuk Sahabat dan rasanya ia tidak merujuk kepada teman lelaki atau pun kekasih. Mungkin ia ditujukan kepada sahabat namun terpulanglah kepada siapa yang dimaksudkan,” jelasnya.
Untuk makluman pembaca, Najwa kini menyambung pengajian di Universiti Tun Abdu Razak (UNITAR) di peringkat Asasi dalam bidang Pengurusan.
No comments:
Post a Comment