03 September 2013

Pertempuran Epik Di Stesen Petronas!


Mengikut sumber yang tidak ingin dikenalpasti, beberapa orang pemandu telah melancarkan peperangan di stesen minyak Petronas yang masih belum dikenalpasti juga tempatnya kerana berebutkan pam petrol. Hal itu berlaku sejurus selepas pengumuman tentang kenaikan harga petrol RON95 kepada 20 sen seliter oleh kerajaan. 

Saksi mengatakan salah seorang pemandu terbabit berjaya merampas pam dari tangan lawannya, lalu segera mengisi tangki kereta dengan rakus. Namun malang tidak berbau apabila beliau menyedari pam yang dipegang sebenarnya merupakan pam diesel dan bukan petrol. Akhirnya kereta beliau menjadi korban dalam pergaduhan tersebut. 

Kejadian berlaku beberapa detik sebelum pukul 12 tengah malam tadi.


No comments:

Post a Comment