16 September 2013

MELAMPAU!!! Hisamuddin Rais Samakan Chin Peng Dengan Nabi!!!


Sesat dan Melampau!!

Aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dikecam kerana seolah-olah menyamakan taraf Chin Peng sebaris dengan nabi dan rasul apabila menggunakan istilah wafat bagi merujuk kematian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu.

Dalam laman Twitternya hari ini, Hishammuddin menulis: “Gerombolan tidak ada pilihan – 31 OGOS telah jadi hari Malapetaka dan 16 September jadi hari mengingati pejuang negara – wafatnya Chin Peng.”

Kenyataan itu menyusul tidak lama selepas Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam laman sosial sama menyifatkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan dan pemergiannya adalah kehilangan besar kepada negara.

Hishamuddin dalam satu lagi Tweet berkata: “Chin Peng wafat pd 16 September adalah juga rancangan ALLAH.”

Kenyataan Hishamuddin kemudiannya disambut dengan pelbagai komen laman sosial tersebut yang menyifatkannya keterlaluan dan ‘sesat’.

Seorang pengikutnya, Nadia Norrizan mempersoalkan sama ada Hishamuddin ada belajar agama sehingga menggunakan istilah wafat bagi merujuk kematian Chin Peng.

“Wafat itu hanya untuk nabi dan Rasullullah SAW je..kau ni belajar agama ke tak?,” soal Nadia.

Sangsuri pula berkata: Wafat? Biar betul korang PR (Pakatan Rakyat) ni? Dah gila meroyan ke? Teruk sesat budak-budak PR ini.”

Khairul Azizi Masnan pula dengan sinis menulis: “Adakah anda mabuk? Tarikh wafat Nabi pun tiada seruan macam ini, hendak dakwahkan siapa untuk ingati tarikh kematian Chin Peng? Budak-budak macam Adam Adli?.”

Beberapa pengikut Hishammuddin dalam laman tersebut juga mempersoalkan kenyataan beliau yang terlalu mengagung-agungkan Chin Peng sedangkan pemimpin komunis itu dianggap pengganas.

“Bodoh. (Orang) yang merentap ratusan nyawa kau kata pejuang negara.. agenda bangsat apakah ini? Orang Melayu sendiri agungkan komunis,” kata Zarif Haizad.

Malim Al-Wos pula menambah: “Orang sokong komunis mcm kau sahaja kata Chin Peng pejuang negara.”

No comments:

Post a Comment