04 September 2013

Laporan polis terhadap Adi Putra, jalin hubungan sulit dengan isteri orang?


Ini berita paling panas yang akan menjadi bualan ramai untuk beberapa minggu yang akan datang. Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis terhadap Adi Putra mendakwa pelakon itu ada hubungan sulit dengan isterinya.

Ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari.

Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan.
Rotikaya

No comments:

Post a Comment