06 July 2013

Skandal Pejabat


Jangan Rendahkan Martabat Seorang Isteri.



Sayangilah hubungan halal yang telah dibina atas dasar kasih, sayang dan cinta. Utamakan juga rasa cinta pada Ilahi yang sama-sama dipegang ketika ijab dan qabul. Kenanglah waktu-waktu bahagia, saat-saat manis dan tika-tika air mata bahagia mengalir di pipi. Ikhlaskan hati sebagai mana kita ikhlas menerima dia ketika tangannya erat di salam dan kucupan penuh kasih sayang diberi dan diterima di hadapan kaum-keluarga dan sahabat handai. Suami mahupun isteri kenanglah saat-saat itu sentiasa agar jiwa kita tidak terpesong. Supaya mata kita yang terbuka memandang tanpa meresap ke dalam jiwa setiap apa yang terhidang di luar.

Alam rumahtangga zaman sekarang penuh pancaroba. Keterbukaan yang telah banyak disalah guna. Sekiranya dulu selepas berkahwin para isteri lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Sibuk menguruskan rumah, menguruskan suami serta anak-anak. Kadang-kadang bila berkesempatan bertangga di rumah jiran, itupun terhad. Suami pula membanting tulang di sawah/ladang seusai kerja pulang ke rumah. Tiada persinggahan. Pengubat lelah cuma anak-anak dan isteri. Sesekali mungkin hanya lepak-lepak di kedai kopi sambil menonton tv.

Zaman sekarang serba moden. Wanita turut berkerja bagi membantu ekonomi keluarga. Pagi lagi sudah keluar ke pejabat, masa bersama suami juga menjadi semakin suntuk. Bila pulang masing-masing keletihan. Komunikasi semakin terhad. Lama-kelamaan ini akan membina satu jurang tanpa kita sedar. Bila salah seorang rasa tersisih umpama tidak diperlukan bimbang dia akan mula mencari penawar di luar. Penawar yang akan menjadi racun bagi satu pihak yang lain. Tak keluar dari rumah pun boleh berhubung dengan dunia luar apatah lagi yang setiap hari keluar berkerja. Telefon dan internet menjadi keperluan di zaman sekarang. Dunia tanpa sempadan sekarang memungkinkan segalanya.

Pada para suami setelah telah di terima nikahnya. Melafaz janji terimalah dia seadanya. Dia tidak sempurna. Kerana itu Allah memberi mu sebagai pembimbing buatnya. Bentuklah dia sewajarnya mengikut acuan yang baik kerana isteri yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik juga. Buat isteri amanah Allah s.w.t buat suami. Merendahlah. Dia suami mu. Allah telah memberi amanah kepadanya. Bantulah suami untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Berjaya dunia, berjaya akhirat.

Aku bimbang dengan dunia sekarang. Suami tidak lagi pandai menghargai isteri, ramai. Suami yang tidak tahu tanggungjawab sendiri, banyak. Suami yang ambik kesempatan pada kebaikan isteri, pun ada. Tidak kurang yang mendua, mentiga atau mengempatkan isteri. Itu hak mereka. Dunia sudah terbalik. Bukan suami sahaja yang bersikap sebegitu isteri juga sudah ada yang berani. Mencari ketenangan di luar. Menghambat bahagia yang belum pasti. Menggadai sesuatu yang telah pasti.

Bukankah lebih baik kita sama-sama menjadi insan yang bersyukur?

No comments:

Post a Comment