Kira-kira setengah jam kemudian, tertuduh melakukan perkara sama terhadap mangsa serta mengulangi perbuatan itu pada jam 6 pagi, 6.45 pagi dan 7.30 pagi di tempat dan tarikh sama.
Ahmad Zulhelmi didakwa merogol mangsa berumur 13 tahun lapan bulan di sebuah bilik sewa di Lorong Tun Ismail 6, di sini, kira-kira jam 4 pagi pada 5 Disember tahun lalu.
Seorang pekerja kilang menghadapi tuduhan merogol seorang remaja bawah umur sebanyak lima kali dalam tempoh tiga jam di bilik sewa, di sini, tahun lalu.
Ahmad Zulhelmi Zulkifli, 24, yang beralamat di RRM 2 Kuala Pahang, Pekan, ditahan pada 12 Oktober lalu dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 4, di sini, semalam.
Ketika ditanya Hakim Irwan Suaibon, tertuduh tidak mengaku salah dan memohon supaya dibicarakan.
Irwan menetapkan tarikh perbicaraan semula pada 15 November ini selepas diminta Pegawai Pendakwa Raya, Law Chin How.
Tertuduh juga diminta membawa peguam selepas dikenakan ikat jamin keseluruhan RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan seorang penjamin.
Ahmad Zulhelmi, bagaimanapun, gagal membayar ikat jamin dengan alasan bapanya pergi menunaikan haji di Makkah, lalu tertuduh dihantar ke Penjara Penor.
No comments:
Post a Comment