06 July 2013

Akim Sayang Stacy, Tak Tolak Kalau Ada Jodoh

Kisah penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam digosipkan bercinta bukan cerita baru. Kemesraan yang terlihat antara mereka sejak setahun lalu lantas mengukuhkan lagi khabar angin, hubungan mereka lebih dari sekadar teman biasa. Meskipun kedua-duanya pernah menafikan hal itu, tetapi terkini dalam satu laporan akhbar baru-baru ini menyebut, dua artis muda ini sedang main cinta.

Tambah-tambah sejak kebelakangan ini Akim kerap juga berkongsi di laman Instagram beberapa gambar dia mendukung anak kecil yang diberi nama Bella Valentina iaitu anak angkat Stacy. Malah kanak-kanak itu memanggil Akim dengan panggilan “daddy”.
Bertemu Akim pada majlis sidang media drama bersiri Kampug Girl bertempat di Sri Pentas, bagaikan sudah dapat mengagak persoalan yang mahu diajukan pihak media kepadanya, lantas Akim berkata,
“Kami kawan. Memang kami rapat. Kami kawan baik. Isu ni dah lama cuma sekarang ia jadi lebih besar sebab ramai orang dah tengok kat Instagram. Bagi saya semua gambar-gambar sekadar kami suka-suka. Kami berdua ni memang kepala giler-giler.
“Macam baru-baru ni, saya main game dengan Bella kat rumah Stacy. Ada orang ingat saya saya seorang di rumah Stacy. Walhal, saya sebenarnya tolong dia pindah rumah dan keluarga dia pun turut ada sama. Sebenarnya kalau kawan lain pindah pun, kalau saya ada lapang saya akan tolong. Hari tu Hafiz (Suip) pindah pun saya tolong. Bezanya mungkin sebab Stacy perempuan”, jelasnya kepada Malaysian Digest.com.
Tambah Akim, dia juga sudah mengenali keluarga Stacy dan menyifatkan keluarga Anam sebuah keluarga yang baik dan sangat mesra. Begitu juga dengan Stacy dan sudah pun berkenalan dengan keluarganya. Malah tahun lalu gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, itu pernah ke bertandang ke rumahnya di Johor Bahru dan menyambut hari raya Aidilfitri bersama.
“Saya memang dah kenal dengan keluarga dia, mereka baik. Saya suka culture mereka. Stacy pun dah kenal dengan keluarga saya. Tahun ni kalau dia nak beraya lagi di kampung saya di Johor, saya okay saja”, ujarnya.
Mengulas pula mengenai panggilan daddy oleh Bella terhadapnya, Akim mengakui hanya dia seorang saja kawan lelaki Stacy yang mendapat panggilan manja sebegitu dari anak kecil tersebut.
“Rasanya saya seorang jer lah yang dia panggil daddy. Saya memang sukakan budak-budak. Saya memang rapat dengan Bella. Ketika ditanya pihak media adakah dia menyayangi Stacy seperti mana dia menyayangi Bella, ini jawab Akim,
“Saya saya semua kawan-kawan saya”, tuturnya sambil tersenyum.
“Ajal, maut dan jodoh semuanya di tangan Allah. Andai kata ada jodoh saya dengan Stacy, saya tak menolak”, katanya yang bakal muncul dalam drama berantai, Kampung Girl bergandingan dengan Nad Zainal, mulai 12 Julai (Jumaat) depan, jam 9 malam di TV3.

No comments:

Post a Comment