15 July 2013

Abby Abadi dedah bakal suami?


Abby_Suami1
Cinta rahsia Allah. Ungkapan Abby Abadi apabila bercerita tentang jodohnya. Terkini melalui akaun Instagram, Abby menunjukkan beberapa gambar ‘misteri’ untuk berkongsi kegembiraannya berkenaan berita bahagianya.

Cincin berbentuk hati yan dimuat naik dengan status ‘Jodoh Rahsia Allah’ menimbulkan persoalan kepada peminatnya. Abby juga memaklumkan yang beliau akan mengumumkan ‘berita bahagia’ sambil mengharapkan doa daripada pengikutnya.

Abby juga memuat naik pula gambar kabur seorang lelaki yang sedang memegang bunga dengan status bertulis ‘Jeng! Jengggg! Jenggg!!! Taraaaaaa!’. Adakah ini lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya dan bakal suaminya?

Pada 3 Julai lalu, Abby juga memuat naik gambar yang telah menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya. Gambarnya bersama seorang lelaki bernama Farhan itu turut disertakan dengan ‘caption’ berikut;

“Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana.” – www.longoi.com.



Eloklah, semoga menjadi kenyataan untuk bertemu jodoh, lepas raya ni kot untuk umumkan!!

No comments:

Post a Comment