Seperti apa yang kami laporkan pagi ini, pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri telah pun terputus akibat kes khalwat. Mereka dikatakan telah putus tunang sejak 10 hari yang lalu. Keputusan tersebut diambil selepas keluarga Redzwani Puteri membaca keterangan Shah Jaszle kepada JAIS.
Namun begitu, sebentar tadi, menerusi akaun Twitter masing-masing, Shah Jaszle dan Redzwani mengeluarkan tulisan yang seolah-olah yang hubungan mereka masih berjalan seperti biasa. Ini agak mengelirukan sekaligus menimbulkan persoalan. Adakah benar mereka sudah putus tunang atau informasi yang diterima tidak tepat? Status Twitter tersebut telah dikeluarkan oleh Puteri sendiri.
Kemudiannya dibalas oleh Shah Jaszle:-
Nampaknya masih ada “my love” di situ. Adakah hubungan mereka masih kekal sebagai tunang? Ada yang berpendapat Redzwani Puteri, bekas tunang Shahz seorang yang kuat kerana masih ingin meneruskan perhubungan dengan Shahz, dan ada yang menganggap beliau seorang yang lemah atas alasan yang sama.
Redzwani juga telah tweet yang dia dan Shahz masih bersama dan meminta orang ramai berhenti memperkatakan mengenai mereka berdua. Tweet tersebut telah dipadam oleh Redzwani namun sudah pasti tweet yang kontroversial akan di retweet oleh pengguna-pengguna Twitter yang lain.
Apa yang dapat dipastikan ialah ini ialah kehendak Redzwani walaupun pertunangannya dengan Shah Jaszle dikatakan telahpun diputuskan oleh keluarganya.
Adakah Redzwani sedang berada dalam fasa penafian kepada realiti akibat tekanan dan keresahannya? Apa pun dinasihatkan agar Redzwani berdoa banyak-banyak kepada tuhan sebelum membuat sebarang keputusan.
Semakin pelik dan menghairankan. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya.
Sumber: beautifulnara.com
No comments:
Post a Comment