10 May 2013

Gambar: Memey Suhaiza Bertudung Bukan Untuk Berpolitik

Memey Suhaiza Bertudung Bukan Untuk Berpolitik

PETALING JAYA – Pelakon Memey Suhaiza menjelaskan tidak pernah terfikir untuk bergiat aktif dalam dunia politik selepas mengenakan imej bertudung.
Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25, berkata, dia hanya akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia seperti keluar mengundi dan tidak berhasrat untuk mengikut jejak sesetengah artis yang aktif berpolitik selepas berhijrah.

“Tidak pernah untuk berpolitik kerana tujuan asal menutup aurat bukan kerana perkara itu. Bagaimanapun sebagai seorang rakyat saya akan menjalankan tanggungjawab seperti keluar mengundi dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Memey juga memberitahu dia juga teruja dapat keluar mengundi buat pertama kali di tempat asalnya, Felda Tenggaroh Selaran 1, Kota Tinggi, Johor pada Ahad.
Memey mula mengenakan tudung ketika menghadiri majlis sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 8, dua minggu lalu dan mengakui selesa dengan imej tersebut.
Selain Mohamad Danish Hakim Memey turut mempunyai dua orang lagi anak tiri iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup pelakon Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi.
Memey mempunyai seorang anak Mohamed Darwisz Hakim yang baru berusia dua bulan hasil perkahwinannya dengan Norman.
Dalam pada itu, Memey memberitahu dia tidak mahu dikaitkan dengan fahaman politik Abby Abadi walaupun keputusannya bertudung ada berkaitan dengan wanita berkenaan yang sering menasihatinya untuk berhijrah.
Kata Memey, dia sangat terbuka dengan Abby yang tidak jemu menasihatinya tambahan pula ia adalah perkara yang baik dan mereka sering berbual mengenainya.
“Saya dan Abby tidak pernah berbual mengenai politik dan saya juga tidak mahu mencampuri urusan politiknya kerana itu adalah haknya dan saya hormati.
“Seperti yang saya katakan, saya tidak pernah berminat untuk bergiat aktif dalam dunia politik dan perubahan ini tiada kena mengena dengan perkara tersebut,” jelasnya.
Sementara itu, Memey berkata dia bersyukur apabila rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah sejak tampil bertudung.
“Sebelum ini ada juga terfikir akan nasib saya dalam bidang lakonan selepas bertudung tetapi ternyata telahan saya meleset. Alhamdulillah rezeki sangat murah,” jelasnya. – mStar

No comments:

Post a Comment