Tak tahu sama ada Ammar Alfian sedang kecewa sehingga membuat dakwaan sebegini ataupun memang perkara ini sedang berlaku. Berkata kepada MStar Online, Ammar memberitahu yang bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana sedang bercinta dengan pengarah hebat, Syamsul Yusof.
Menurut Ammar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sudah menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober tahun lalu sedangkan mereka berdua berpisah pada bulan Disember. Kata Ammar:-
Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus pada Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak. Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya. Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?
Puteri Sarah Liyana di dalam sebuah suratkhabar semalam memberitahu yang hubungannya dengan Ammar Alfian selama 5 tahun adalah satu pembaziran masa. Mungkin kerana kecewa dengan kenyataan bekas kekasihnya itu, Ammar tampil mendedahkan perkara ini. Kata Ammar lagi:-
Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya. Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini saya sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya. Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya
Setahu Abang Nara, Syamsul Yusof sekarang ini sedang sibuk dengan kerja menyunting filem KL Gangster 2 di Bangkok. Rasanya macam tak ada masa je buat Syamsul untuk bercinta. Lagipun Syamsul sebelum ini sudah pun mengaku yang dirinya mempunyai seorang kekasih bukan daripada kalangan artis. Jadi adakah ini propa daripada Ammar Alfian semata-mata?
Sumber: beautifulnara
No comments:
Post a Comment