Mana-mana dokumen kertas boleh bertukar menjadi skrin sentuh (touch screen) interaktif menggunakan unjuran dan sistem kamera yang dibangunkan oleh Fujitsu.
Sistem ini membolehkan pengguna serta-merta menyalin teks dan gambar dengan menggunakan jari untuk melukis kotak di sekeliling mereka.
Salinan digital kemudiannya boleh dipindahkan, disunting dan dimanipulasi seolah-olah mereka pada tablet atau skrin sentuh yang besar.
"Sistem ini tidak menggunakan hardware khusus. Hanya webcam dan projektor biasa. Kemampuan menyalin ini diperolehi dengan teknologi image processing," jelas Taichi Murase, peneliti di Media Service System Lab Fujitsu.
Bermakna, bukan kertas itu sendiri yang menjadi touch screen, tetapi dapat disalin isinya setelah diletak di atas unjuran dengan sistem kamera tersebut dipasang.

Fujitsu berkata ia berharap untuk mengeluarkan versi komersial teknologi pengimejan ini pada tahun 2014.
Sumber : BBC News
No comments:
Post a Comment