2000s
25 April 2013
Gempar!!! Timbalan Ketua Pengarah Kastam MATI DITEMBAK!
Ini merupakan berita sedih yang baru diterima.
Timbalan Ketua Pengarah 2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Shaharuddin Ibrahim ditembak mati oleh dua orang yang menaiki motosikal di Putrajaya sebentar tadi.
Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Shaharuddin ditembak mati dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya semasa berada lampu isyarat Lebuh Sentosa-Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam perjalanan ke pejabat.Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohmad Salleh mengesahkan kejadian tersebut.
Shaharuddin dipercayai ditembak ketika berada di kawasan pentadbiran kerajaan persekutuan itu, kata pemandunya yang enggan ditemubual akibat masih trauma.
Sejurus mengetahui majikannya ditembak, pemandu itu segera menghantarnya ke Hospital Putrajaya tetapi telah disahkan meninggal dunia setelah tiba di hospital berkenaan.
Polis kini sedang menyoal siasat kejadian tersebut dan rakaman percakapan bersama pemandunya sedang diambil.
Saharuddin, 58 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan sangat dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.
Calon PAS parlimen Putrajaya, Husam Musa turut menulis di laman Facebooknya sebentar tadi:
Pagi ini kita mendapat berita kurang baik. Timbalan Pengarah Kastam 2 Putrajaya dilaporkan telah ditembak penunggang motorsikal di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa dan Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Beliau juga dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya.
Takziah kepada Keluarga mangsa. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman.
Al-Fatihah...
Ini sekaligus menafikan kenyataan yang dibuat oleh ketua setiausaha kementerian dalam negeri, Abdul Rahim Mohd Radzi seperti yang tersiar di laman web Berita Harian pada 26 Jun tahun lalu.
Malaysia diiktiraf negara paling selamat - Berita Harian 2012/06/26 16:29:39 PM
JOHOR BAHRU: Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.
"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu semasa keselamatan di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Wan Ali Besar.
Beliau berkata, kajian yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula mendapati, hasil tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu juga, kadar ketakutan rakyat negara ini terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus iaitu daripada 33 peratus pada tahun 2010 kepada 21 peratus tahun lalu.
"Mungkin ramai yang bertanya apakah kesan semua ini kepada negara. Sebenarnya kesannya amat besar sekali, sebagai contoh pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia sudah melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lalu berbanding kedudukan ke-21 pada tahun 2010.
"Ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap iklim politik, keselamatan serta kestabilan negara ini," katanya.
Beliau berkata, keadaan itu memberikan gambaran bahawa apa yang dirancang oleh KDN selama ini dalam mengurangkan kadar jenayah telah menampakkan hasil.
Kementerian itu, katanya, akan meneruskan usaha untuk mencari jalan dan kaedah bagi memastikan peratusan penurunan kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan lebih besar daripada apa yang disasarkan. - BERNAMA
Pautan untuk bukti berita di atas:
Sumber: bharian.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment