15 March 2013

Update Terkini: OPS GELEDAH, BERSIHKAN KAMPUNG SIMUNUL



Pemeriksaan tersebut dilakukan di Lorong 3, 4 dan 5 kampung terbabit.Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah ketika dihubungi Kosmo Ahad! mengesahkan operasi tersebut.
Beliau berkata, ia bertujuan untuk meninjau kembali kawasan kejadian dan memeriksa sekiranya terdapat senjata-senjata milik pengganas di kawasan tersebut.
Menurutnya, ia juga bertujuan untuk membuat lakaran semula sebenar tempat kejadian selain untuk mengawasi keadaan keselamatan kawasan perairan di Semporna.
Dalam kejadian pada 2 Mac lalu, enam pegawai dan anggota keselamatan negara terkorban selepas diserang hendap ketika mereka menjalankan operasi memberkas beberapa individu dipercayai pengganas di kampung tersebut.
Mereka ialah Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Azis Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Pertempuran tersebut menyaksikan enam orang pengganas Sulu turut terbunuh.-kOSMO

No comments:

Post a Comment