13 March 2013

Sedih...Mesej Terakhir Arwah Ahmad Kepada Ayahnya

Mesej Terakhir Arwah


Al-Fatihah buat wira muda negara, Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi semalam.
Foto di atas adalah bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang menunjukkan mesej terakhir arwah anaknya berbunyi “Salam abah,ma doa la orng slmt…era”.
Lebih memilukan apabila menerusi Harian Metro hari ini, ibunya Rahmah Mamat, 50, memberitahu sepatutnya arwah berkahwin Februari lalu tetapi menundakan perkahwinannya kerana misi ke Lahad Datu.

“Arwah tidak sempat membawa kekasihnya yang berasal dari Bachok untuk bertemu kami sekeluarga kerana dia menerima arahan untuk menyertai operasi di Lahad Datu.
“Bagaimanapun, dia beritahu akan menyelesaikan segala urusan pertunangan dan perkahwinan selepas tamat operasi di sana,” jelas ibunya.
Amat menyayat hati. Nampaknya segala perancangan arwah tidak dapat dilaksanakan.
Moga Allah menempatkan kamu bersama golongan hambanya yang beriman. Insyallah.
Al-Fatihah..
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: mynewshub

No comments:

Post a Comment