15 March 2013

Panas!!! Guru Hina Polis (Lahad Datu)


guru_hina_atm1_bagus
APABILA laman ini mengambil keputusan mempersoalkan strategi, teknik dan lain-lain pendekatan operasi yang digunakan pasukan keselamatan, terutama polis dan tentera dalam menangani pencerobohan tentera diraja Sulu di Lahad Datu, kami lebih banyak dipersoalkan dan dikeji, walaupun dalam masa yang sama tidak kurang juga yang memuji.
Tidak cukup dengan itu, laman ini turut digodam Sabtu lepas oleh kumpulan penggodam bacul yang dibayar UMNO kerana kelantangan kami bersuara sejak krisis ini bermula.
Tapi kini suara-suara rakyat yang bangkit mempersoalkan pasukan polis dalam menjalankan operasi di Timur Sabah itu, sudah mula kedengaran dan hebat diperkatakan di laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.

Antaranya ialah dari akaun Facebook seorang guru bernama Mohd Lofti Nor yang kami lihat mula menjadi bahan kecaman dan kutukan penyokong UMNO sejak semalam, hanya kerana keberaniannya menyamakan anggota polis sebagai anjing dan mereka yang terkorban sebagai mati katak.
Suarapakatanrakyat.com menegaskan bahawa kami sama sekali tidak menyokong bahasa yang digunakan dalam entry tersebut tapi mengambil pendirian bahawa pandangan itu walaupun agak keterlaluan, ia perlulah dibaca dan dilihat dalam konteks pembacaan dan pemahaman yang betul.
Mungkin beliau sudah muak dengan krisis tersebut yang masih berpanjangan disebalik segala kelengkapan canggih yang dimiliki oleh pasukan keselamatan.
guru_hina_atm2_bagus

Sumber penuh: suarapakatanrakyat

No comments:

Post a Comment