19 March 2013

Gempar!! Imam Mahdi Muncul Di Makkah??



Gempar!!! Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada petang 12 April semasa solat Asar.Menurut sumber yang dipercayai, seorang lelaki warganegara Mesir telah merampas mikrofon semasa permulaan solat Asar yang diimamkan oleh Syeikh Abdullah Al-Juhany lalu mangatakan dirinya “Akulah Mahdi yang ditunggu-tungukan….. Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan…”

Suaranya dapat didengari oleh seluruh jemaah yang sedang solat Asar di Masjidil Haram pada ketika itu. Polis yang menjaga Masjid Haram telah menahannya untuk disoal siasat. Lelaki tersebut dipercayai datang untuk menunaikan umrah atau merupakan pendatang secara haram di Arab Saudi dan dipercayai mempunyai msalah mental. Solat Asar pada hari tersebut dapat ditunaikan seperti biasa kerana kecekapan polis Masjidil Haram menyelesaikan masalah tersebut.

*Kalau terer B.Arab, dan nak baca sumber asal berita, KLIK SINI! 
-credit Milo Ais 

Kalau mengikut Kitab... Imam Mahdi akan mengisytiharkan dirinya ketika Khutbah Jumaat setelah 3 orang khatib berdarah hidungnya akibat cuaca panas... sehingga diganti dengan khatib yang akhirnya mengisyitiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.

No comments:

Post a Comment