03 February 2014

[ Gossip ] Nabil bengang di tuduh ungkit kisah silam Luna Maya !


Nabil telah dikecam hebat oleh peminat apabila menjadikan Luna Maya sebagai salah satu ‘punchline’ dalam lawaknya. Lawak ‘double meaning’ yang dilakukan oleh Nabil pada masa itu mengundang kontroversi dan dia didakwa telah memburukkan nama aktres Indonesia itu.

Tindakan Nabil menggunakan Luna Maya sebagai ‘punchline‘ telah mendapat kritikan ramai.

Ini jawapan Nabil :

“Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat. Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya Google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.
Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa.”
Nabil turut memberitahu bahawa pihaknya tiada sebarang masalah dengan Luna Maya dan tidak akan membuat permohonan maaf kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap pelakon tersebut

No comments:

Post a Comment