13 March 2014

[ Gossip ] Anak perempuan Paul Walker BINTANG filem The Fast and Furious dapat kekayaan RM81 Juta !



BINTANG filem The Fast and Furious, Paul Walker dilaporkan mewasiatkan harta kekayaannya bernilai RM81.31 juta ($15 juta pound) kepada anak perempuannya,Meadow yang berusia 15 tahun.

Walker, 40, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat pada November tahun lalu dan menamakan bapanya, Paul Sr. sebagai pelaksana wasiat tersebut.

Paul Sr. dilaporkan telah memfailkan petisyen kepada mahkamah untuk menamakan ibu Walker iaitu Cheryl sebagai penjaga dan melindungi harta yang ditinggalkan kepada Meadow.

Buat masa ini, Meadow tinggal bersama ibunya, Rebecca Soteros.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Soteros bersetuju untuk membenarkan anaknya berada di bawah jagaan Cheryl.