
Memang tidak dinafikan, Facebook yang dulu dan sekarang adalah sesuatu yang berbeza. Mempunyai perbezaan yang amat ketara. Dari sebuah laman web untuk projek universiti dengan nama The Facebook, kini ia menjadi sebuah perniagaan dan juga sosial media terbesar dalam dekad. Tipu jika anda tidak pernah mempunyai Facebook dan lebih menipu jika anda tidak pernah dengar dengan nama ini.
Mark Zuckerberg, nama yang tidak asing lagi dan beliau merupakan seorang insan yang bercita-cita tinggi serta mempunyai kepintaran semulajadi. Berjaya membina The Facebook bagi membolehkan pelajar di kolej atau universiti tempat beliau belajar iaitu Harvard University, sebuah univeristi yang menjadi idaman semua peminat teknologi selain daripada MIT. Kini, ia menjadi medan di mana seluruh dunia berhubung dan bukan lain pada kelompok yang kecil.
Kini ia telah mencecah 10 tahun dengan pelbagi rintangan dihadapi oleh syarikat ini namun tetap kukuh untuk bersaing menentang Twitter dan juga Google+. Pelbagai pembaharuan dan paling penting, setiap pembaharuan sering sahaja menerima kritikan daripada penggunanya.
Datang pula berita mengenai pengguna yang berusia muda atau dalam bahasa mudah remaja sudah tidak mahu menggunakan Facebook sebagai platform media sosial utama mereka. Tetapi Facebook masih kekal kukuh dan makin kukuh hari demi hari. Hal ini dapat dibuktikan dengan 1.23 bilion pengguna aktif setiap bulan, 757 pengguna aktif setiap hari, 945 juta pengguna aktif menggunakan peranti mudah alih setiap bulan dan 556 juta pengguna aktif menggunakan peranti mudah alih setiap hari.
Dalam pada itu, kami juga mengambil contoh daripada apa yang diperkatakan oleh Zuckerberg. Ia mengatakan sewaktu ingin memperkenalkan Facebook, ia dilihat sesuatu yang mustahil memandangkan mereka merupakan pelajar dan tiada sokongan daripada kewangan dan tidak mempunyai sumber kewangan untuk memperkenalkan Facebook pada umum. Namun akhirnya usaha mereka tidak sia-sia dengan segala titik berpeluh mereka selama 10 tahun akhirnya menampakkan hasil.
Zuckerberg juga tidak melihat 10 tahun yang telah mereka lalui sebagai sesuatu yang penting dan berpendapat, 10 tahun ke hadapan adalah perkara yang lebih penting untuk dilihat bagi memasikan mereka berjaya membawakan lebih banyak manfaat kepada pengguna.
Hari ini, sosial media adalah sesuatu mengenai perkongsian saat bersama tetapi mungkin pada 10 tahun akan datang, ia membantu anda menyelesaikan masalah yang rumit.
Hari ini, kita hanya mampu berkongsi sedikit sahaja pengalaman kepada semua, tetapi mungkin 10 tahun akan datang, pelbagai cara boleh digunakan untuk berkongsi pengalaman kepada semua