06 February 2014

Bukti pelakon sinetron, Asmirandah sudah murtad?


Bukti pelakon sinetron, Asmirandah sudah murtad? | PELAKON sinetron terkenal, Asmirandah beragama Islam. Dia bagaimanapun telah berkahwin dengan Jonas Rivanno yang merupakan penganut Kristian. 

Perkahwinan mereka kemudian berhadapan kontroversi selepas Jonas menafikan dirinya telah menjadi seorang mualaf, yang membuatkan hubungan suami isteri itu dibatalkan pada 18 Disember 2013 kerana perbezaan agama. 

Namun, atas dasar cinta, pelakon itu mengaku yang dia dan Jonas kemudian telah berkahwin sekali lagi di luar negara. Dia bagaimanapun tidak menyatakan bila mereka berkahwin semula.


Situasi perkahwinan mereka kini menjadi lebih tegang apabila baru-baru ini tersebar sekeping gambar yang menunjukkan Asmirandah bersama suaminya sedang 'beribadat' di dalam sebuah gereja. Adakah wanita itu kini telah murtad?

Diterjah dengan persoalan tentang pegangan agamanya kini, ujar Asmirandah: "Agama hak saya. Iman juga hak saya. Terserah, mahu melihat saya seperti apa. Ini urusan saya dengan Tuhan."