2000s
05 October 2013
Gambar cantik kekasih Mohd Asraruddin Putra Omar yang tidak wujud
Gambar cantik kekasih Mohd Asraruddin Putra Omar yang tidak wujud - Rupanya seorang wanita jelita dikenali Lela Jamaluddin yang mendakwa sebagai kekasih kepada pemain bolasepak Selangor Mohd Asraruddin Putra Omar tidak wujud dan hanya gambar palsu semata-mata.
Daripada siasatan terperinci yang dilakukan oleh geng forum Cari tempatan, mereka mendapati bahawa gambar berkenaan adalah milik seorang wanita yang tinggal di Tanjung Aru, Sabah, dikenali dengan nama Olivia.
Mengikut andaian admin, Olivia sendiri mungkin tidak mengetahui gambarnya telah dicuri dan digunakan orang lain. Inilah antara kesan utama akan dialami jika sesuka memuatnaik gambar-gambar cantik di laman sosial untuk tatapan umum.
Individu yang menggunakan gambar terbabit dikatakan bertujuan untuk memikat bekas suami Rita Rudaini juga pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, namun tidak berjaya sebaliknya Mohd Asraruddin pula yang terpikat.
Terdahulu, pelakon Pierre Andre dan SM Nasarudin juga pernah bercinta dengan gadis jelita yang tidak pernah wujud di dunia realiti. Wanita itu menamakan dirinya sebagai Maya Darina Dahlan Hain dan merupakan penulis blog madarina.blogdrive.com.
Bagaimanapun, identiti penulis blog berkenaan berjaya dikantoikan dan terus menghilangkan diri pada tahun 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment