MARANG - Gara-gara berebut seorang wanita, sekumpulan lelaki bermotosikal sanggup bergaduh sebelum salah seorang daripada mereka mati ditikam, dalam satu kejadian di hadapan kedai makan Ali Baba Corner, Kampung Bukit Parit, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Abdul Fariq Manah, 20,(gambar) dari Kampung Jerong Seberang, di sini, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 10.11 malam akibat cedera terkena tikaman di jantung.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 9.15 malam memaklumkan terdapat satu pergaduhan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, orang awam memberitahu terdapat seorang lelaki cedera ditikam tetapi sudah dihantar ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan dengan motosikal oleh ahli keluarganya sendiri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, semalam.

No comments:
Post a Comment