07 October 2013

Aliff Aziz Kini Bercinta Pula Dengan Ain AF8?

Aliff Aziz Kini Bercinta Pula Dengan Ain AF8? | Selepas kisah cinta Aliff Aziz dengan aktres Anne Ngasri tidak kesampaian, cinta penyanyi kelahiran Singapura itu beralih pula kepada Adira AF.



Hubungan itu pun tidak bertemu kesudahan yang baik apabila Adira kini dikatakan sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang bergiat aktif dalam bidang politik.

Terbaru, nama Aliff sekali lagi dikaitkan dengan kisah cinta apabila dirinya kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan peserta Akademi Fantasia musim ke-8, Ain.

Gosip terbaru Aliff Aziz dan Ain AF8 ini tercetus gara-gara gambar mesra yang dimuat naik oleh Ain sendiri menerusi laman Instagramnya.

No comments:

Post a Comment