
Kia Rio kini dipasaran.

Rio menawarkan ruang but yang agak besar dalam segmen B.

Disediakan dengan transmisi 4-kelajuan.
SELEPAS Kia Picanto , agak lama Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Naza Kia) tidak membawa masuk kereta dalam segmen B. Melihat kepada permintaan yang tinggi dalam segmen itu, Kia Malaysia mempertaruhkan model baharu, Kia Rio.
Ini adalah salah satu dari rancangan Naza Kia yang memperkenalkan model baharu kerana hasil daripada pengenalan model baharu sebelumnya seperti Forte, Optima dan Sportage telah memberikan impak besar kepada jualan.
Setelah membawa masuk model-model dalam segmen C,D, SUV dan MPV terlebih dahulu untuk membina imej dan keyakinan, kini Rio dipertaruhkan yang akan memainkan peranan penting dalam peningkatan volum jualan 2013.
Ini adalah salah satu dari rancangan Naza Kia yang memperkenalkan model baharu kerana hasil daripada pengenalan model baharu sebelumnya seperti Forte, Optima dan Sportage telah memberikan impak besar kepada jualan.
Setelah membawa masuk model-model dalam segmen C,D, SUV dan MPV terlebih dahulu untuk membina imej dan keyakinan, kini Rio dipertaruhkan yang akan memainkan peranan penting dalam peningkatan volum jualan 2013.
Dilancarkan secara rasminya semalam, Rio merupakan kereta premium dalam kelasnya tetapi ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif di bawah RM80,000 seunit.
Rio merupakan model terlaris global dengan jualan sebanyak 466,826 unit pada 2012.
Boleh dikatakan ubahan yang dilakukan Kia terhadap jajaran barisannya boleh dikatakan sebagai revolusioner dan revolusi itu dimulai dari tampilan luarannya.
Garis badan bersiku tajam dan garapan otot yang hadir di pintu dan sekitar badan lainnya mengesankan postur yang amat berkarakter. Lampu hadapan yang diintegrasikan dengan lampu LED siang hari memberikan karakter berbeza dengan pesaing dalam segmennya. Penggunaan padanan gril Tiger Nose yang jadi identiti Kia berpadu epik menghasilkan paras kacak.
Tersedia dengan dua varian: 1.4EX merupakan varian terendah yang tidak didatangkan dengan lampu kabus dan dilengkapi dengan rim aloi 16 inci. Bagi versi tertinggi 1.4SX antaranya dilengkapi dengan butang start\stop, rim aloi 17 inci, bumbung matahari dan butang audio pada stereng serta sensor hujan.
Di bahagian dalam kualiti buatan solid dapat ditemui termasuk material trim plastik. Setiap butang yang disediakan mudah dicapai oleh pemandu. Aplikasi butang kawalan pendingin hawa dan pemanas cermin hadapan dan belakang seakan konsep sama anda temui pada Toyota 86.
Kabin Rio lebih dimonopoli padanan hitam dan dari segi keluasan adalah selesa bagi mereka yang berketinggian 5 kaki. Bagi yang memiliki tinggi 6 kaki bagi saya agak sedikit sempit.
Revolusi memang kerap menghasilkan pendapat pro dan kontra, tetapi saya yakin pendekatan yang dilakukan Kia ini lebih banyak menuai pro dari kalangan pemerhati kereta.
Dijana enjin Gamma 1.4L
Dua minggu sebelum pelancaran, Naza Kia menganjurkan pandu uji Rio bersama media. Berpeluang memandunya dalam tempoh yang singkat bagi saya mengguna enjin Gamma 1.4 liter DOHC MPI CVVT dengan hamburan kuasa 109PS pada 6300rpm dan 137Nm pada 4200rpm, Rio selesa untuk pemanduan santai.
Seperti anda ketahui menggunakan enjin Gamma, ia mengeluarkan bunyi yang sedikit keras dan dengan bantuan transmisi automatik 4-kelajuan ia menghantar kuasa dengan lancar.
Tetapi untuk lebih responsif, Rio menyediakan pemanduan manual dengan hanya tolakkan tuil gear ke kanan yang berguna untuk membantu saat nyahpecutan dan untuk melakukan pecutan pertengahan.
Mode Eco juga tersedia bagi Rio di mana indikator akan langsung terlihat di panel instrumen. Sehingga akan terbantu untuk tetap mengemudi hemat.
Penggunaan bahan api Rio dikatakan pada kitaran gabungan 16.6 kilometer seliter dengan pelepasan karbon dioksida yang terhad 130g setiap 100km. Selain itu, menggunakan stereng berkuasa dipacu motor (MDPS), Rio dipercayai mampu menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak 3 peratus.
Untuk keselamatan Rio dilengkapkan dengan enam beg udara ESC.EBD, ABS, Sistem Kawalan Tarikan (TCS), Sistem Bantuan Brek (BAS) dan tidak lupa Isofix. Rio ditawarkan dengan lima warna pilihan antaranya Signal Red, Electronic Blue (untuk varian SX sahaja), Deep Blue dan Clear White.
Spesifikasi yang ditawarkan Rio mampu menyaingi malah lebih baik dengan pesaing seperti Swift, Myvi dan Fiesta. Senjata ciri-ciri tambahan yang dimiliki, Kia yakin Rio mampu bersaing di segmen kompak hatchback tanah air dengan penghalusan tidak sering dijumpai dalam kereta yang murah.
No comments:
Post a Comment