Rasanya sudah lama Isu Semasa tak dengar khabar mengenai pelakon yang kini manis bertudung iaitu Ayu Raudah. Lebih-lebih lagi selepas berlakunya isu perbalahannya dengan birasnya, Rita Rudaini. Namun, apa yang Isu Semasa tahu, dia kini telah disahkan hamil 3 bulan pada September lalu
Khabarnya, Murai Batu dengar Ayu Raudah kali ini perlu lebih berhati-hati untuk menjaga kesihatan kandungannya itu sebab sebelum ini dia keguguran ketika disahkan hamil kali pertama.
Namun, baru-baru ini Isu Semasa terlihat sekeping gambar yang dimuat naik oleh Ayu di laman sosial Facebook miliknya semalam. Comel sahaja Murai Batu tengok sebab perutnya sudah semakin kelihatan membesar!
Sangat sweet pula apabila gambar itu diambil bersama suaminya Zaquan Adha. Murai Batu pun cuba meneka berapa bulan kehamilannya itu. Jika September yang lalu, kandungan sudah berusia 3 bulan, maknanya bulan ini kandungannya dah masuk bulan ketujuhlah kan?
Patutlah perutnya sudah makin kelihatan dan Ayu pula nampak sihat dan ceria sahaja. Gembira dan seronok Murai Batu lihat pasangan ini, bahagia sahaja.
Tak sabar Isu Semasa nak lihat anaknya lahir nanti, mesti comel sebab ikut wajah ibu bapanya itu. Disebabkan terlalu teruja Isu Semasa pun cuba buat pengiraan lagi bila Ayu akan bersalin. Rasa-rasanya, mesti bulan Mac atau April ini! Wah tak lama sahaja lagi
Hahaha baiklah, apa-apa pun Isu Semasa ingin ucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana akhirnya bakal menimang cahaya mata mereka yang pertama tidak lama lagi.
Sumber : murai.com.my
No comments:
Post a Comment